Pernah rasa tak dibenci oleh kawan baik sendiri? well, aku pernah.
ada satu kisah;
seorang lelaki bernama Hazrul Hisham bin Badrul Hisham
dan
seorang perempuan bernama Ummi Nur Hani binti Mohd Salleh.
mereka kawan baik.
pada masa itu, mereka berada dalam tingkatan 2.
Hazrul di Tingkatan 2 Jujur,
Ummi di Tingkatan 2 Cekal.
walaupun bukan sama kelas, tapi mereka sama kelas agama.
di situ la bermulanya persahabatan antara meraka.
setiap kali waktu agama, Ummi akan duduk belakang sekali.
Diselangi jarak sebanyak 60 cm, tempat duduk Hazrul.
mereka duduk sebelah2, tapi bukan di sebelah.
Hazrul kawan yang baik.
dia sangat baik hati.
sangat mengambil berat tentang Ummi.
Ummi pula, sentiasa gembira dengan kejutan yang diberi oleh Hazrul.
Hazrul mempunyai kelebihan dalam melukis grafiti.
grafiti yang dilukisnya, kebanyakannya tertulis "UMMI NUR HANI"
itu yang buat Ummi benar2 menghargai Hazrul.
setiap hari, ada sahaja yang ingin ditunjukkan oleh Hazrul kepada Ummi.
setiap hari juga, meraka pasti berbual di telefon.
berbual kosong.
hanya sekadar menghabiskan masa bersama-sama.
walaupun tidak bersama.
hubungan mereka baik.
sangat baik.
sehingga satu hari
Hazrul menyampaikan berita buruk
dia akan berpindah.
berpindah ke Kajang.
Jauh.
Tiada apa yang dirasakan oleh Ummi, tetapi kesedihan yang terlampau.
dia berharap semua itu hanya la satu gurauan.
dia berharap dia dapat meluangkan lebih masa bersama Hazrul.
tapi harapannya hancur.
Ummi kembali kepada realiti.
menerima kenyataan bahawa Hazrul harus pergi.
pada hari terakhir Hazrul,
dia banyak berpesan kepada Ummi.
study elok2.
jaga diri.
nanti aku contact kau.
jangan lupakan aku.
dia juga ada meninggalkan sesuatu buat Ummi.
sebuah keychain yang sangat istimewa.
katanya, itu hadiah hari jadi. tetapi dia tak sempat nak beri hadiah itu pada hari jadi Ummi.

itu sahaja la peninggalan terakhir Hazrul buat Ummi.
Ummi memilih untuk tidak menangisi pemergian sahabat baiknya itu.
tetapi, dia terkilan kerana tidak sempat menyatakan perasaan sebenarnya kepada Hazrul.
rasa itu dipendamnya. dia tidak mahu menambah beban di hati kedua-dua pihak.
selepas pemergian Hazrul, Ummi menyangka itulah titik penamat persahabatn mereka.
tetapi, Allah memanjangkan jodoh antara mereka.
Hazrul akhirnya mencari Ummi kembali.
dia sering menelefon ke mari. menanyakan khabar.
semasa tingkatan 3 dan tingkatan 4.
sungguhpun jauh, tetapi mereka tetap berhubung.
Hazrul tidak pernah melupakan Ummi.
begitu juga Ummi yang tidak pernah berhenti mencari Hazrul.
Ummi merasakan pertemuan semula mereka itu. merupakan peluang kedua baginya untuk memberitahu perkara sebenar.
jadi,
pada suatu hari,
Ummi menyatakan perasaannya pada Hazrul.
tetapi
malangnya, Hazrul tidak menerima segala apa yang diperkatakan Ummi.
malah dia membenci Ummi kerana menyukai dirinya.
mereka bergaduh. saling mengutuk. saling membenci.
pada waktu itu, tiada titk nokhtah kepada apa yang berlaku.
Ummi mengambil tindakan untuk berdiam diri.
dia rasa itu langkah terbaik.
setahun kemudian,
Ummi ingin mencari Hazrul semula.
dengan harapan, dirinya sudah dimaafkan.
dimaafkan atas kesalahan menyukai Hazrul.
tetapi,
seperti yang dijangkakan..
dirinya masih dibenci.
"boleh tolong aku tak? tolong jangan sampaikan apa2 pesanan daripada ummi kepada aku. termasuk kirim salam."
kata-kata Hazrul yang cukup tajam untuk mengguris hati Ummi.
Ummi berfikir panjang.
besar sangat ke kesalahan yang dia lakukan.
sehingga begitu susah untuk dirinya dimaafkan.
Hazrul, aku tak tahu kalau kau akan baca blog aku ni atau tidak. aku tahu mustahil. tapi, aku masih boleh berharap kan? aku nak minta maaf. aku cuma nak kau dapat maafkan aku.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete